KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk memaksimumkan pemulihan baki aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diseleweng, menurut Kementerian Kewangan (MoF).Usaha berkenaan penting untuk mengurangkan beban kewangan negara dan memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.Setakat 31 Ogos 2026, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi menampung komitmen berkaitan 1MDB, merangkumi bayaran prinsipal, faedah, kos guaman dan operasi."Sekiranya tiada pemulihan dana tambahan pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki obligasi sebanyak RM20.1 bilion," kata MoF.MoF menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Azli Yusof (PH-Shah Alam) mengenai langkah penambahbaikan susulan Laporan Audit Negara berhubung ketirisan dana awam, status terkini pemulihan aset negara berkaitan skandal kewangan besar serta pengurusan semula dana yang dipulihkan.Berhubung status pemulihan aset dan mekanisme pengurusan semula dana berkaitan skandal kewangan, kementerian itu berkata aktiviti pemulihan terbesar pada masa ini melibatkan 1MDB."Kerajaan setakat ini telah berjaya mendapatkan semula dana pemulihan aset berjumlah RM31.3 bilion berkaitan 1MDB," katanya. - Bernama
Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB

Key takeaways
Kerajaan akan terus mengambil tindakan perundangan dan kerjasama antarabangsa untuk memulihkan aset 1MDB yang diseleweng.
- Kerajaan telah membayar RM42.5 bilion untuk komitmen berkaitan 1MDB sehingga 31 Ogos 2026.
- Jika tiada pemulihan tambahan, kerajaan masih perlu tanggung RM20.1 bilion baki obligasi.
- Aktiviti pemulihan aset utama kini melibatkan 1MDB.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kerajaan terus tindakan perundangan, antarabangsa bagi pemulihan maksimum aset 1MDB (this story)







