KUALA LUMPUR – Kedegilan seorang pemandu yang telah diberikan amaran supaya tidak mengekori konvoi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila ditahan di Kilometer 48.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini pada Rabu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.32 pagi ketika konvoi polis berkenaan mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menuju ke Sunway Medical Centre, Subang Jaya.Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun yang memandu sebuah Honda CR-V itu telah mengekori konvoi polis berkenaan."Seorang anggota polis yang bertugas sebagai 'rider' dalam konvoi berkenaan telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak mengekori konvoi."Bagaimanapun, pemandu terbabit dipercayai masih enggan mematuhi arahan dan terus mengekori konvoi dengan cara yang boleh membahayakan keselamatan konvoi serta pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan anggota polis trafik bertindak mengarahkan sebuah kenderaan supaya tidak mengekori konvoi yang diiringi pihak polis.Bagaimanapun, kenderaan itu kemudian dilihat terus mengekori konvoi terbabit.Mohd Zamzuri berkata, bertindak atas maklumat, Unit Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur kemudian menahan pemandu berkenaan bersama kenderaan terbabit untuk tindakan lanjut."Kejadian itu tidak melibatkan sebarang perlanggaran atau kemalangan jalan raya."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967," katanya.Tambahnya, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Pemandu degil ekori konvoi TPM ditahan

Key takeaways
Seorang pemandu ditahan kerana mengekori konvoi polis yang mengiringi TPM walaupun diberi amaran.
- Pemandu 27 tahun mengekori konvoi TPM di Lebuhraya KESAS.
- Anggota polis memberi amaran tetapi pemandu tidak mematuhi.
- Pemandu ditahan tanpa sebarang kemalangan terlibat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pemandu degil ekori konvoi TPM ditahan (this story)
- Harian Metro Degil ekori konvoi polis, pemandu SUV ditahan
- Free Malaysia Today Pemandu Honda CR-V ditahan ekori konvoi polis di Kesas








