am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan supaya Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diberikan kesembuhan segera selepas dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Anwar menzahirkan sokongan dan ingatan tulus beliau kepada Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) berkenaan.
"Salam saudara, saya doakan supaya saudara lekas sembuh dan diberikan afiyah," katanya ringkas.
Titipan doa berkenaan hadir susulan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal, yang memaklumkan beliau dimasukkan ke HKL selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dari awal pagi hingga jam 6 petang semalam,








