KEPULANGAN Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun bukan sahaja dinikmati peminat sukan permotoran malah turut membuka ruang rezeki kepada kira-kira 40 peniaga tempatan menerusi Karnival Litar Rasa MADANI.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, karnival itu yang berlangsung di G Hillstand SIC sempena perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026, menghimpunkan peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman termasuk snek.Beliau berkata, kemeriahan suasana di litar turut memberi peluang kepada pengunjung menikmati juadah sambil menyaksikan perlumbaan dan pada masa sama, menyokong peniaga tempatan."Sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, SIC yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI, sambil menyantuni peminat F1 yang hadir."Meriah suasana di sini, dengan pemandangan litar yang menarik serta Karnival Litar Rasa MADANI. Sambil menikmati perlumbaan di litar, bolehlah menjamu selera dan menyokong peniaga kita!" kata Anwar menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Perdana Menteri berkata, penganjuran Karnival Litar Rasa MADANI itu adalah antara usaha memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan manfaat ekonomi kepada peniaga tempatan."Penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Belia dan Sukan serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan karnival ini sekali gus memastikan kemeriahan F1 turut membawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan," kata beliau.Pada Julai lepas, F1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Oktober, susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Kepulangan F1 ke Malaysia susulan perbincangan dan kerjasama melibatkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Bahrain Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, selain kedua-dua kerajaan bagi mengekalkan GP Bahrain dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan berkenaan dibatalkan pada awal musim ini susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat.Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1. - Bernama.
F1 bawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan - PM

Key takeaways
Malaysia's F1 Grand Prix has brought economic benefits to local businesses, with around 40 local vendors participating in the Karnival Litar Rasa MADANI event.
- The event was held at G Hillstand, Sepang International Circuit.
- The event featured local vendors offering food and drinks.
- The Prime Minister, Anwar Ibrahim, praised the event for supporting local businesses.
- The F1 Grand Prix is scheduled to take place in Malaysia from October 2-4, 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro RTM bawa kemeriahan F1 percuma ke kaca televisyen
- Sinar Harian F1 bawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan - PM (this story)
- Harian Metro F1 bawa limpahan rezeki buat peniaga tempatan - PM






/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)

