Kuala Lumpur: Kepulangan Formula 1 (F1) ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas sembilan tahun bukan sahaja dinikmati peminat sukan permotoran malah turut membuka ruang rezeki kepada kira-kira 40 peniaga tempatan menerusi Karnival Litar Rasa MADANI.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata karnival itu, yang berlangsung di G Hillstand SIC sempena perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026, menghimpunkan peniaga tempatan yang menawarkan pelbagai makanan dan minuman termasuk snek.

Beliau berkata kemeriahan suasana di litar turut memberi peluang kepada pengunjung menikmati juadah sambil menyaksikan perlumbaan dan pada masa sama, menyokong peniaga tempatan.

"Sempat mengadakan tinjauan di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI, sambil menyantuni peminat F1 yang hadir.