KUALA LUMPUR – Sebanyak enam negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran, manakala enam negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain manakala satu negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Penegasan Perkara dan Hal-hal Lain.

Jabatan Audit Negara (JAN) dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 hari ini memaklumkan ia selepas kesemua 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 selesai diaudit.

JAN juga telah mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara bagi 298 agensi negeri bagi tahun kewangan 2024 serta melaporkan hasil pengauditan prestasi terhadap 22 program atau aktiviti kerajaan negeri.

Selain itu, pengauditan terhadap Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri melaporkan hasil pelaksanaan pengauditan terperinci yang dilaksanakan secara berasingan terhadap 12 syarikat kerajaan negeri melibatkan 11 negeri, iaitu Sabah, Sarawak, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.