KUALA LUMPUR - Sebanyak enam negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran, manakala enam negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Hal-hal Lain manakala satu negeri menerima Pendapat Tanpa Teguran dengan Perenggan Penegasan Perkara dan Hal-hal Lain.Jabatan Audit Negara (JAN) dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 pada Isnin memaklumkan ia selepas kesemua 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 selesai diaudit.JAN juga telah mengeluarkan Sijil Ketua Audit Negara bagi 298 agensi negeri bagi tahun kewangan 2024 serta melaporkan hasil pengauditan prestasi terhadap 22 program atau aktiviti kerajaan negeri.Selain itu, pengauditan terhadap Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri melaporkan hasil pelaksanaan pengauditan terperinci yang dilaksanakan secara berasingan terhadap 12 syarikat kerajaan negeri melibatkan 11 negeri, iaitu Sabah, Sarawak, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.JAN memaklumkan terdapat isu signifikan yang menunjukkan beberapa kelemahan berkaitan aspek pematuhan tatakelola syarikat yang memerlukan perhatian pihak pengurusan dan kerajaan negeri.LKAN 2/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Agensi Negeri, Aktiviti Kementerian/jabatan/agensi Negeri dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.Sementara itu, setakat 28 September 2026, sebanyak 12,117 atau 94.4 peratus daripada 12,835 isu yang disusuli JAN berjaya diselesaikan.JAN memaklumkan tindakan susulan terhadap isu audit telah menyumbang kepada kutipan hasil dan bayaran balik kepada kerajaan berjumlah RM920.91 juta, antaranya melalui penalti, sewa tertunggak, Liquidated Ascertained Damages (LAD), tunggakan pajakan tanah serta kutipan duti dan cukai.JAN memaklumkan semua isu yang dibangkitkan dalam LKAN dipantau secara berterusan melalui Portal Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara sehingga pihak bertanggungjawab melaksanakan tindakan penyelesaian.Jabatan itu memaklumkan Ketua Audit Negara telah mengemukakan sebanyak 38 syor audit melalui LKAN 2/2026 untuk dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan yang diaudit pada peringkat Persekutuan yang boleh diakses di Portal AGD di https://agdashboard.audit.gov.my/.LKAN 2/2026 melaporkan sejumlah 650 isu dalam AGD melibatkan 347 isu yang masih disusul, 23 isu telah selesai dan 280 isu tidak memerlukan tindakan lanjut (NFA)."Ketua Audit Negara terus bebas dan tegas dalam memberikan pendapat audit serta melaporkan penemuan tanpa kompromi."LKAN bukan sekadar merekodkan kelemahan, tetapi menjadi instrumen untuk mendorong tindakan pembetulan, memperkukuh tadbir urus dan memastikan setiap ringgit wang awam dipertanggungjawabkan demi kepentingan rakyat," menurut kenyataan itu. - Bernama