KUALA LUMPUR – Seorang lelaki membuat laporan polis selepas kereta Toyota Alphard miliknya yang disewakan kepada seorang individu gagal dipulangkan selepas tamat tempoh sewaan pada 15 September lalu.
Menurut pengadu dikenali Cheah, seorang individu memperkenalkan diri sebagai ‘Aaron Tiyagarajan’ menghubunginya menerusi WhatsApp dan mendakwa diperkenalkan oleh rakannya, Dinesh untuk tujuan menyewa kereta.
Katanya, individu terbabit turut menghantar salinan MyKad menerusi WhatsApp sebelum mengambil kereta berkenaan di Bandar Mahkota Cheras kira-kira pukul 7 malam pada pada 1 September lalu
“Individu itu memaklumkan mahu menyewa kereta berkenaan selama dua minggu dan membayar RM1,500 seminggu, menjadikan jumlah keseluruhan RM3,000.







/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
