PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memberi bayangan bakal ada pengumuman penting berkaitan gaji graduan yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Zambry berkata, perkara itu adalah susulan daripada langkah pelarasan gaji akan dilaksanakan kerajaan yang turut mengambil kira soal gaji graduan.
Bagaimanapun, Zambry tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk bentuk atau kadar pelarasan gaji berkenaan.
“Saya tak boleh sebut apa-apa, tapi biarlah yang amat berhormat Perdana Menteri sebutkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Akademia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Universiti Malaya hari ini.







/file/attachments/orphans/AnnessaTan1_502210.jpg)
