zulfaizan@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Jaringan Mitchell Lee Baker ketika perlawanan hanya berbaki beberapa saat untuk tamat berjaya membawa Indonesia ke final Divisyen 1 Piala ASEAN 2026.
Malah, penyerang berusia 20 tahun itu mencipta sensasi apabila meledak lima gol ketika membantu skuad Garuda membelasah Bangladesh 9-2 dalam aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi.
Pesta gol skuad Garuda di Stadium Gelora Bung Karno bermula pada minit ke-11 menerusi jaringan Baker sebelum dia menambah satu lagi jaringan sembilan minit kemudian.
Rizky Ridho menjadikan kedudukan 3-0 apabila meledak gol pada minit ke-32 sebelum Bangladesh merapatkan kedudukan hasil jaringan Mohammed Shahriar Emon pada minit ke-36.






