sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penantian peminat Formula 1 (F1) tanah air untuk menyaksikan kembali deruman jentera kelas perdana di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal diserikan dengan siaran langsung percuma menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), hujung minggu ini.

RTM mengesahkan penyiaran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 menerusi pengumuman di akaun TikTok rasmi RTM Malaysia Official, sekali gus memberi peluang kepada peminat mengikuti aksi pusingan ke-16 musim ini tanpa perlu mendapatkan akses berbayar.

Perlumbaan yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober itu mempunyai latar berbeza apabila Sepang secara asalnya bukan venue yang dijadualkan untuk pusingan berkenaan.