PETALING JAYA – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlumbaan Formula Satu (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut berharap agar kemeriahan perlumbaan itu dapat dinikmati bersama.

“Berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia! RTM akan menyiarkan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026 secara langsung agar kemeriahan perlumbaan ini dapat dinikmati bersama.

“Saya berharap siaran langsung ini memberi peluang kepada rakyat di seluruh pelosok tanah air untuk merasai debaran perlumbaan bertaraf dunia dari Litar Antarabangsa Sepang,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di media sosialnya hari ini. – KOSMO! ONLINE