PUTRAJAYA- Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu dapat diselesaikan mengikut proses sepatutnya.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau juga tidak mahu membuat sebarang kenyataan yang boleh disalah anggap, sebaliknya menyerahkan kepada proses yang sedang berjalan.

“Kita harap apa yang berlaku dan proses-proses berjalan dengan baik sajalah ya. Saya rasa kita tak perlu lagi merumitkan,” katanya ketika ditemui pada Festival Of Idea (FOI) Putrajaya 2026 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan kononnya Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dijadikan ‘kambing hitam’ dalam kemelut yang berlaku ketika ini.