Zambry Abd Kadir berkata Barisan Nasional berharap kemelut di Negeri Sembilan diselesaikan mengikut proses sepatutnya dan pihaknya tidak mahu mengeluarkan kenyataan lanjut bagi mengelakkan disalah tafsir.PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) berharap kemelut pentadbiran di Negeri Sembilan, termasuk isu membabitkan jawatan menteri besar, dapat diselesaikan mengikut proses yang sedang berjalan ketika ini.
Setiausaha Agungnya, Zambry Abd Kadir, berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada proses berkenaan berjalan dengan baik tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan atau merumitkan keadaan.
Bagaimanapun katanya, BN tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perkembangan itu bagi mengelakkan kenyataan yang dibuat disalah tafsir.








