Seremban: Urusan pentadbiran perkhidmatan awam Negeri Sembilan tidak terjejas dan berjalan seperti biasa, susulan peletakan jawatan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Zafir Ibrahim berkata, semua urusan pentadbiran negeri diteruskan mengikut perancangan sedia ada, bagaimanapun tiada dasar atau polisi baharu dapat diputuskan buat masa ini.
"Setakat ini pentadbiran perkhidmatan awam negeri berjalan seperti biasa, dari segi pentadbiran semuanya berjalan sebagaimana dirancang," katanya kepada pemberita selepas program Majlis Penyampaian Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan, di Klana Resort di sini.
Mengulas mengenai peletakan jawatan Menteri Besar, beliau berkata hanya mengetahui perkembangan tersebut menerusi laporan media.










