KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Hashim Jasin yang tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook miliknya pada Selasa.Menurut beliau, pelantikan bagi penggal 2026 hingga 2030 itu diputuskan dalam persidangan MSU Pas."Jawatan Timbalan Mursyidul Am pula disandang oleh Datuk Dr Mahfuz Mohammad."Ahmad turut melantik Mohd Asri Mat Daud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit, sebagai Setiausaha MSU," katanya.Beliau berkata, MSU turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua individu yang diberikan amanah tersebut."Semoga ALLAH SWT sentiasa memberikan pertolongan-Nya dalam melaksanakan tugas perjuangan," katanya.Pada 9 Oktober 2016, Hashim dilantik sebagai Mursyidul Am Pas bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Bekas MB Kelantan dilantik Musyidul Am Pas, ganti Hashim Jasin

Key takeaways
Datuk Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am Pas 2026–2030 menggantikan Hashim Jasin, dengan Mohd Asri Mat Daud dilantik sebagai Setiausaha MSU Pas.
- Pelantikan disahkan oleh MSU Pas melalui Facebook pada Selasa.
- Hashim Jasin tamat tempoh pelantikannya pada Oktober lalu.
- Ahmad Yakob juga merupakan bekas Menteri Besar Kelantan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Jalaluddin Alias bakal dilantik MB Negeri Sembilan?
- Sinar Harian Bekas MB Kelantan dilantik Musyidul Am Pas, ganti Hashim Jasin (this story)









