PUTRAJAYA - Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang dibenar memulakan semakan kehakiman bagi memperoleh deklarasi bahawa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam mengendalikan anjing liar di kawasan pentadbirannya.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Dr Shahnaz Sulaiman, Datuk Amarjeet Singh dan Alice Loke Yee Ching memberikan kebenaran kepada persatuan itu berhubung dua remedi yang dimohon, iaitu perintah certiorari serta deklarasi.Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan persatuan itu memulakan semakan kehakiman bagi remedi melibatkan perintah mandamus, ganti rugi dan larangan.Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Shahnaz berkata terdapat kes yang boleh dihujahkan bagi remedi certiorari dan deklarasi seperti dimohon, yang wajar dibincangkan dengan lebih lanjut pada peringkat pendengaran substantif prosiding tersebut.Beliau juga berkata permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang pada 7 Mei tahun lepas dibuat dalam tempoh ditetapkan.Justeru itu, panel berkenaan mengembalikan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk didengar di hadapan hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman lain bagi memutuskan permohonan semakan kehakiman tersebut pada peringkat substantif dan menetapkan 24 Nov sebagai tarikh pengurusan kes.Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang, yang memfailkan semakan kehakiman terhadap MPK dan Yang Dipertuanya, memohon deklarasi bahawa pihak majlis telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berhubung penangkapan serta pelupusan anjing liar di kawasan pentadbirannya.MPK menafikan dakwaan berlakunya layanan buruk dan penganiayaan terhadap haiwan berkenaan, dan menyatakan bahawa anjing-anjing tersebut dilupuskan mengikut SOP yang ditetapkan.Pada 21 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan persatuan itu untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman.Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang diwakili peguam Gavin Jayapal dan Parveena Kaur manakala Peguam Persekutuan Kanan Suhana Sabil hadir bagi pihak Peguam Negara pada prosiding hari ini. - Bernama
Isu anjing liar: Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang dibenar cabar tindakan MPK

Key takeaways
Mahkamah Rayuan membenarkan Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang memulakan semakan kehakiman untuk mendapatkan deklarasi bahawa Majlis Perbandaran Kluang melanggar SOP dalam mengendalikan anjing liar.
- Panel tiga hakim membenarkan permohonan perintah certiorari dan deklarasi, tetapi menolak remedi mandamus, ganti rugi dan larangan.
- Permohonan semakan kehakiman difailkan pada 7 Mei tahun lepas dan dianggap dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
- Kes dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru dengan tarikh pengurusan kes ditetapkan pada 24 Nov.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Persatuan dibenar cabar majlis berkait pengendalian anjing liar
- Sinar Harian Isu anjing liar: Persatuan Perlindungan Haiwan Kluang dibenar cabar tindakan MPK (this story)









