KENINGAU: Usia baru mencecah 15 dan 16 tahun, namun dua remaja lelaki disyaki terbabit mencuri motosikal sebelum kedua-duanya ditahan hari ini.
Penahanan kedua-dua remaja tempatan itu turut membawa kepada penemuan dua rangka motosikal, enjin serta pelbagai komponen motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan curi.
Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir, berkata kedua-dua suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau di Kampung Binaong.
Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan kehilangan sebuah motosikal di kawasan Taman Fajar, Ahad lalu.










