KOTA BHARU: Mesyuarat EXCO kerajaan negeri Kelantan hari ini diadakan dalam Rel Keretapi Pantai Timur (ECRL) sempena sesi pra-operasi dari negeri itu menuju Gombak, Selangor.

Mesyuarat dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan dihadiri semua EXCO kerajaan negeri.

Mohd Nassuruddin berkata, persidangan mesyuarat kali ini cukup istimewa apabila berlangsung dalam gerabak kereta api ECRL dari Kota Bharu, Kelantan menuju Gombak, Selangor.

"Satu pengalaman berbeza yang memberi ruang kepada saya bersama barisan EXCO untuk meneruskan urusan pentadbiran negeri dalam suasana baru, tanpa mengenepikan perkara-perkara penting berkaitan pembangunan negeri dan kepentingan rakyat.