Tapah: Seramai 11 anggota polis yang terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, hari ini, dalam perjalanan ke Melaka untuk mengambil semula kenderaan yang dipinjamkan bagi kegunaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, berkata kesemua anggota berkenaan adalah anggota pemandu yang ditugaskan mengambil kenderaan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

"Semua 11 anggota saya ini adalah pemandu yang ditugaskan mengambil semula kenderaan di Melaka selepas dipinjamkan untuk kegunaan PRN baru-baru ini, namun malang tidak berbau apabila mereka terbabit dalam kemalangan di sini," katanya.