TAPAH: Semua anggota polis yang berada dalam van terbabit kemalangan di sini pagi tadi dalam perjalanan ke Melaka untuk mengambil semula kenderaan dipinjamkan bagi kegunaan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin, berkata semua anggota berkenaan adalah anggota pemandu yang ditugaskan mengambil kenderaan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

"... malang tidak berbau apabila mereka terbabit kemalangan di sini," katanya.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas tayar belakang sebelah kiri van jenis Maxus itu pecah secara tiba-tiba, menyebabkan kenderaan terbabs dan melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya.