KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperincikan asas undang-undang, kaedah penilaian serta justifikasi di sebalik keputusan memberikan pengurangan premium tanah daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 bagi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kerajaan perlu tampil memberikan penjelasan berhubung pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit itu yang dibuat atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.Beliau mempersoalkan kemudahan kerajaan meluluskan pelepasan dalam jumlah yang besar itu, sambil menegaskan bahawa dana awam bukanlah hak milik mutlak mana-mana pihak untuk diagihkan tanpa penjelasan munasabah."RM4.67 juta boleh menjadi RM1,000 sahaja. Begitu mudahkah kerajaan memberikan pelepasan premium tanah bernilai jutaan ringgit?ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Yeoh jawab isu premium tanah KLSCAH RM1,000'KLSCAH sudah berstatus warisan, hak pembangunan apa dilepaskan?' - Akmal SalehPremium tanah KLSCAH dilihat seperti percumaKLSCSH: RM4.67 juta jadi RM1,000, apa yang tidak kena?Pengurangan premium KLSCAH kepada RM1,000 tidak munasabah – Kok SeongRidhuan Tee persoal keistimewaan, premium tanah dewan perhimpunan turun kepada RM1,000"Atas alasan pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah, kerajaan perlu menjelaskan apakah asas undang-undang, kaedah penilaian dan justifikasi pengurangan yang begitu besar."Wang jutaan ringgit bukan wang milik mana-mana pemimpin untuk diberikan sesuka hati," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Selasa.Mengulas lanjut, Zainul Rijal turut membangkitkan persoalan sama ada pertubuhan atau institusi lain yang memiliki bangunan berstatus warisan akan diberikan layanan serta kelonggaran yang sama pada masa hadapan.Menurutnya, sekiranya dasar itu terpakai kepada semua pihak, kerajaan wajar menyatakan kriteria kelayakan secara jelas bagi mengelakkan sebarang kekeliruan."Jika tidak, apakah yang menjadikan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor begitu istimewa? Jangan sampai dasar kerajaan dilihat mengamalkan dua darjat."Ketelusan tidak boleh menjadi pilihan, apatah lagi apabila melibatkan hasil tanah dan kepentingan awam," tambahnya.
KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam

Key takeaways
Kerajaan digesa menjelaskan asas pengurangan premium tanah dari RM4.67 juta kepada RM1,000 bagi KLSCAH.
- Peguam mempersoalkan keputusan kerajaan memberikan pengurangan premium tanah yang besar.
- Peguam menuntut penjelasan berhubung pemeliharaan bangunan warisan dan perubahan status tanah.
- Dana awam tidak boleh diagihkan tanpa penjelasan munasabah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kerajaan digesa perjelas status RUU jerebu rentas sempadan
- Sinar Harian KLSCAH: Kerajaan digesa perjelas asas pengurangan premium tanah RM4.67 juta kepada RM1,000 - Peguam (this story)







