KUALA LUMPUR - Sesi persidangan Dewan Rakyat pada Selasa mencuri perhatian apabila beberapa ahli Parlimen dan menteri saling berbalas pantun ketika sesi soal jawab berlangsung pada Selasa.Suasana itu dimulakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad selepas selesai menjawab soalan yang dikemukakan."Burung merpati terbang sekawan, hinggap sebentar di pohon jati, pantun semalam jadi bualan, jangan disimpan di dalam hati," ujarnya dalam Dewan Rakyat.Sebelum ini, kekecohan tercetus ketika Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menggulung perbahasan Belanjawan 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya.Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pemansuhan tol merupakan janji PH dan BN tidak pernah membuat janji tersebut.Ahmad kemudian membacakan pantun yang menyeru orang ramai menyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) jika tidak mahu 'kena kencing', ungkapan yang bermaksud kena tipu.Kemudian diikuti Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden ketika bertanyakan soalan nombor enam kepada Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil."Yang kalah jangan koyak, yang menang jangan bongkak, soalan enam saya bawak, minta menteri jawab pulak," katanya.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh pula menjawab pantun yang diberikan Abdul Rahman, ketika sesi akhir sesi soal jawab menteri."Saya pun nak berpantun jugalah. Burung merpati terbang sekawan, hinggap sebentar di pohon jati, bila bersama dalam kerajaan, jagalah adab, jagalah hati."Ada lagi satu, saya nak jawab pada Lipis. Buah bambangan sedap dimakan, dihidang dengan sambal belacan, kalau dah nekad tak nak berkawan, jangan jadi gunting dalam lipatan kepada kawan-kawan dalam kerajaan," ujarnya.
Dewan Rakyat gamat Ahli Parlimen, menteri berbalas pantun

Key takeaways
Sesi Dewan Rakyat pada Selasa dipenuhi pantun antara ahli Parlimen dan menteri, dimulakan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, diikuti oleh Timbalan Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Alor Setar.
- Timbalan Menteri Peralihan Tenaga mengucapkan pantun selepas menjawab soalan.
- Timbalan Menteri Kerja Raya membacakan pantun menyeru sokongan BN dan PN.
- Ahli Parlimen Alor Setar menanyakan soalan nombor enam kepada Menteri Komunikasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Berita Harian Dewan Rakyat gamat Ahli Parlimen berbalas pantun
- Sinar Harian Dewan Rakyat gamat Ahli Parlimen, menteri berbalas pantun (this story)







