KOTA BHARU – Nasi Kerabu Kelantan didaftarkan sebagai Cap Kolektif di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menerusi kerjasama dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) bagi memperkukuh usaha membangunkan nilai komersial makanan warisan negeri itu.Menerusi pendaftaran tersebut, penggunaan kubis dan tauge dalam penyediaan Nasi Kerabu Kelantan tidak dibenarkan bagi memastikan keaslian rasa serta identiti makanan tradisional itu terus terpelihara.Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff berkata, pengusaha yang menggunakan identiti Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan perlu mematuhi syarat penggunaan bahan-bahan yang telah ditetapkan.Menurut beliau, hanya bahan yang dibenarkan boleh digunakan termasuk pewarna semula jadi daripada bunga telang, manakala penggunaan pewarna tiruan tidak dibenarkan."Penggunaan ulam-ulaman dan daun herba seperti daun kesum, timun serta selom juga antara ciri yang perlu dikekalkan bagi memastikan Nasi Kerabu Kelantan memiliki identiti tersendiri."Kita mahu memastikan standard Nasi Kerabu Kelantan ini terus terpelihara dan tidak dicampur dengan bahan-bahan yang tidak menepati ciri yang ditetapkan," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan, Projek Harta Intelek dan Pelancongan Gastronomi di sini pada Selasa.Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan sijil Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan kepada wakil Persatuan Pengusaha Nasi Kerabu Kelantan (PERMEKA).Hadir sama Timbalan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Zameri Mat Nawang.Menurut Yusnieza Syarmila, Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan yang didaftarkan pada 29 Julai lalu merupakan satu bentuk cap dagangan yang membolehkan pengusaha yang memenuhi syarat ditetapkan menggunakan identiti jenama secara bersama.Beliau berkata, inisiatif hasil kerjasama MyIPO dan WIPO itu bertujuan memperkukuh perlindungan harta intelek, meningkatkan pengiktirafan produk serta membina keyakinan pengguna terhadap makanan warisan berkenaan.Tambahnya, PERMEKA memainkan peranan penting dalam mengurus penggunaan cap kolektif tersebut bagi memastikan reputasi dan identiti jenama Nasi Kerabu Kelantan terus terpelihara."Perkembangan ini memperlihatkan potensi besar makanan tradisional sebagai antara tarikan pelancongan gastronomi yang mampu menjana pendapatan komuniti setempat," katanya.
Nasi Kerabu Kelantan didaftar sebagai Cap Kolektif, kubis dan tauge dilarang sebagai bahan

Key takeaways
Nasi Kerabu Kelantan didaftarkan sebagai Cap Kolektif di bawah MyIPO, mengekalkan penggunaan kubis dan tauge serta pewarna semula jadi, sambil melarang bahan tidak sah.
- Cap Kolektif Nasi Kerabu Kelantan mengharuskan penggunaan kubis dan tauge sahaja.
- Pewarna semula jadi dari bunga telang dibenarkan, pewarna tiruan tidak.
- Penggunaan ulam seperti daun kesum, timun dan selom mesti dipertahankan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kelantan sah tamatkan khidmat Kamarudin sebagai exco
- Malaysiakini (BM) Adun Bersatu Gual Ipoh pula digugurkan sebagai timbalan exco Kelantan
- Sinar Harian Nasi Kerabu Kelantan didaftar sebagai Cap Kolektif, kubis dan tauge dilarang sebagai bahan (this story)
- Berita Harian Nasi Kerabu Kelantan diiktiraf sebagai Cap Kolektif
- Berita Harian Nasi Kerabu Kelantan dapat pengiktirafan Cap Kolektif








