Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan kenaikan pangkat medan kepada Lans Koperal Thierry Rodger Pendy yang putus pergelangan tangan kanan akibat diserang lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas di Kepong, 11 November lalu.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, sebelum ini menyuarakan pertimbangan berhubung kenaikan pangkat medan anggota berkenaan.

"Ketua Polis Negara juga sudah menyuarakan pertimbangan kenaikan pangkat medan untuk Lans Koperal Thierry.

"Urusan dokumentasi bagi perkara itu sedang diusahakan melalui kontinjen Selangor," katanya.