KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mempertimbangkan kenaikan pangkat secara medan kepada Lans Koperal Thierry Rodger yang cedera parah ketika menjalankan tugasan.Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Noor Hisam Nordin berkata, cadangan itu telah disuarakan Ketua Polis Negara (KPN) dan urusan dokumentasi kini sedang dilaksanakan."KPN juga telah menyuarakan pertimbangan kenaikan pangkat medan untuk Lans Koperal Thierry."Urusan dokumentasi untuk perkara tersebut sedang kita usahakan melalui Kontinjen Selangor," katanya pada Selasa.Beliau sebelum itu mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid mengadakan lawatan ziarah kebajikan ke atas Thierry di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan anggota tersebut parah selepas ditetak seorang lelaki warga asing bersenjatakan parang sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus dalam kejadian di sebuah premis kediaman di Desa Aman Puri.Mengulas mengenai kebajikan anggota terbabit, Noor Hisam berkata, pihak polis telah membawa ibu bapa Thierry dari Sibu, Sarawak ke Selangor sehari selepas kejadian.Menurutnya, ibu bapa anggota berkenaan kini berada di Selangor bagi menemani Thierry sepanjang tempoh rawatan."Urusan kebajikan keluarganya telah diuruskan dan ahli keluarga terdekat akan terus berada bersama beliau sepanjang tempoh tiga hingga empat minggu ini," ujarnya.Tambah beliau, pihak polis turut menguruskan dokumentasi berkaitan beberapa tabung kebajikan termasuk Tabung Pahlawan bagi meneliti manfaat yang layak diterima anggota berkenaan.
Pertimbang kenaikan pangkat Lans Koperal Thierry - PDRM

Key takeaways
PDRM sedang mempertimbangkan kenaikan pangkat medan kepada Lans Koperal Thierry Rodger yang cedera parah semasa bertugas, dengan urusan dokumentasi sedang dilaksanakan melalui Kontinjen Selangor.
- KPN telah menyuarakan cadangan kenaikan pangkat medan untuk anggota polis tersebut.
- Thierry cedera parah akibat ditetak dengan parang sehingga pergelangan tangan kanannya terputus.
- Ibu bapa Thierry dari Sibu, Sarawak telah dibawa ke Selangor untuk menemaninya dirawat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AHMAD DZULKARNAIN MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pertimbang kenaikan pangkat Lans Koperal Thierry - PDRM (this story)








