Atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, ditidurkan bagi membolehkan pihak perubatan meneruskan rawatan intensif selepas
Key takeaways
Atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, ditidurkan untuk rawatan intensif selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya SUKE. Beliau dijadualkan menjalani pembedahan hari ini untuk menangani kecederaan tersebut.
- Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.28 malam ketika Hafizuddin dalam perjalanan dari Ampang ke Bukit Jalil.
- Hafizuddin mengalami patah tulang tangan kanan, komplikasi salur darah dan kecederaan ringan di kepala.
- Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat, merakamkan simpati dan berharap rawatan Hafizuddin dipermudahkan.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA: Atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin, ditidurkan bagi membolehkan pihak perubatan meneruskan rawatan intensif selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya SUKE, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.28 malam itu, Hafizuddin dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan dari Ampang menuju ke Bukit Jalil.
Menurut kenyataan rasmi Majlis Sukan Negeri Perlis, Hafizuddin mengalami patah tulang tangan kanan, komplikasi serius apabila salur darah pada bahagian itu tidak lagi berfungsi dan terdapat kecederaan ringan di kepala.
Susulan itu, pihak perubatan memberikan keutamaan kepada Hafizuddin untuk menjalani pembedahan hari ini bagi menangani kecederaan berkenaan.