TAPAH: Tayar pecah dipercayai punca van polis terbabas lalu merempuh pembahagi lebuh raya di Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), di KM352, di sini hari ini, menyebabkan seorang anggota maut, manakala 10 lagi cedera.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kemalangan berlaku jam 11.35 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menuju Melaka.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati van jenis Maxus itu dipandu seorang anggota polis dan membawa 10 lagi anggota polis.








