Shah Alam: Hujan lebat hampir tiga jam menyebabkan limpahan air dan banjir di beberapa kawasan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam di Kuala Selangor.
Rektor UiTM Cawangan Selangor Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berkata, hasil tinjauan mendapati aliran air terlalu tinggi akibat hujan lebat berterusan menyebabkan struktur konkrit longkang pecah dan air melimpah ke kawasan berhampiran.
"Bagaimanapun, kesemua 16 kolam tadahan air di dalam kampus didapati berfungsi dengan baik. Keadaan di kampus kini kembali normal," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, kerja-kerja pembaikan akan segera dilakukan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan warga kampus.








