IPOH – Inisiatif pemberian susu percuma kepada 177 prasekolah terpilih di Perak terus diperkasa menerusi sumbangan oleh Farm Fresh Berhad.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau menyambut baik usaha itu kerana pemakanan yang baik sejak usia awal merupakan antara asas penting dalam membentuk anak-anak sihat, cerdas dan berdaya saing.
“Kita mahu pembangunan yang dilaksanakan memberi makna kepada kehidupan rakyat.
“Anak-anak mesti diberikan permulaan yang baik, peluang yang saksama dan perhatian sewajarnya kerana merekalah pewaris kepada masa depan negeri ini,” katanya di sini, hari ini.









