PETALING JAYA – Pengguna jalan raya khususnya pemilik kenderaan rendah dinasihatkan supaya mengelakkan laluan Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Selangor susulan banjir kilat yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air, petang tadi.

Menerusi beberapa gambar dan rakaman video yang tular di media sosial, sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna kelabu dilihat hampir tenggelam apabila air banjir mencecah sehingga bahagian pintu kenderaan berkenaan.

Keadaan itu turut memperlihatkan beberapa kenderaan berat termasuk lori berada di laluan yang sama ketika hujan lebat melanda kawasan tersebut.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai @syazanasan ii berkongsi keadaan banjir di Jalan Bukit Cerakah kira-kira pukul 4.40 petang tadi.