BESUT – Seorang lelaki berusia 60-an diberkas kerana disyaki menyalahgunakan kad fleet Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) untuk memperoleh diesel melebihi kuantiti dibenarkan di Felda Selasih, di sini, semalam.
Suspek yang dipercayai menggunakan bekalan minyak diesel itu secara haram untuk perusahaan projek pasir diberkas pada pukul 11.30 malam.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Mohd. Mufsi Lat berkata, sebelum ditahan, kenderaan pikap dipandu lelaki warga emas itu telah diekori sehingga tiba di sebuah rumah di Felda Selasih berkenaan.
“Pemeriksaan di dalam kenderaan Toyota Hilux berkenaan menjumpai 1,000 diesel mencurigakan yang disimpan di dalam tangki tambahan terletak di bahagian belakang.









