KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang pesara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (RISDA) Terengganu daripada enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350 milik sebuah persatuan, 10 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Azman Mustapha selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh, Mohd. Amran Ghazali, 61, melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan tertuduh sebanyak RM6,000 dikembalikan. Mohd. Amran yang ketika itu merupakan ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat RISDA Terengganu (Perkit) didakwa menyalahgunakan wang milik persatuan berkenaan dalam enam kejadian antara 2016 hingga 2017.