Kuala Terengganu: Pesara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (RISDA) Terengganu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM15,350 milik sebuah persatuan, kira-kira 10 tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap tertuduh, Mohd Amran Ghazali, 61, melampaui keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan tertuduh sebanyak RM6,000 dikembalikan.

Mengikut pertuduhan, Mohd Amran yang ketika itu ahli Persatuan Kakitangan Islam Pejabat RISDA Terengganu (PERKIT) didakwa menyalahgunakan wang milik persatuan berkenaan dalam enam kejadian antara 2016 hingga 2017.