BATU PAHAT: Warga emas yang maut bersama isteri serta dua cucunya dalam nahas di Kilometer 107, Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan), dekat Yong Peng, semalam sempat menghubungi anak-anaknya sejurus kemalangan sambil meminta mereka pulang ke kampung segera.

Anak sulungnya, Mohd Zaharudin, 45, berkata arwah bapanya, Ab Shukor Athan, 68, yang juga pesara tentera sempat membuat panggilan video menerusi kumpulan WhatsApp keluarga jam 5.55 petang memaklumkan mereka terbabit kemalangan.

"Tetapi kami kami hanya nampak kakinya, menerusi panggilan video itu ayah meminta kami pulang ke kampung halaman di Kluang.

"Tidak lama kemudian, panggilan itu dijawab oleh seorang wanita tidak dikenali sambil meminta kami bersabar.