Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu merapatkan kembali hubungan dengan penyokong bola sepak negara menerusi pertemuan secara bersemuka dalam masa terdekat bagi membina kepercayaan dan persefahaman antara kedua-dua pihak.
Pengerusi Jawatankuasa Media dan Pemasaran FAM, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan berkata, badan induk itu tidak mempunyai masalah untuk mengadakan perbincangan secara terbuka dengan kelompok penyokong kerana mereka berkongsi matlamat sama untuk melihat bola sepak negara terus berkembang.
Menurutnya, sokongan peminat menjadi antara elemen penting dalam usaha memperkukuh imej FAM, justeru hubungan yang lebih rapat perlu dibina bagi memastikan suara penyokong turut mendapat perhatian.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FChongZheminddssds_813354.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

