Jitra : Penaung Persatuan Bolasepak Melayu Kedah (PBMK) Datuk Zuraidi Rahim berhasrat mengembangkan bakat pemain muda di negeri Kedah ke peringkat lebih tinggi apabila merancang pasukan dibawah kendalian persatuan itu untuk menyertai saingan Liga Semi-Pro (Liga Malaysia) pada musim hadapan.
Cita-cita ini dimulai dengan pelantikan jurulatih pasukan iaitu pemain legenda Kedah Nelson San Martin yang bakal menerajui aspek pembangunan pemain muda berbakat di negeri ini bagi membentuk sebuah pasukan baharu untuk bersaing dalam liga Semi-Pro A3 seperti yang sedang dirancangkan kini.
"Saya mahu mengembangkan bakat baru dan muda seperti dalam kejohanan Piala DZR ini agar mereka mampu menjadi pemain berbakat dan terus kita gilap menjadi pemain yang dapat memberi hasil terbaik dalam setiap kejohanan mewakili Kedah di masa depan.








