KUMPULAN Disagree sekitar dua dekad lalu pernah mewarnai dunia seni tanah air dengan mengetengahkan genre muzik rock alternatif dan grunge. Nama mereka lebih mengukuh terutamanya selepas melahirkan dua album yang masing-masing diterbitkan sekitar 2004 dan 2009. Namun, pada 2011, kumpulan yang dibina hasil keringat lima ahlinya iaitu Zahid, Hamka, Lan, Amir dan Taa secara tiba-tiba menghilang dari radar seni, menimbulkan teka teki dalam kalangan peminat.
Sehinggalah baru-baru ini, ketika melancarkan album Black & White in Colour dan sesi pengumuman showcase pertama selepas 10 tahun, persoalan ke mana menghilangnya Disagree, terjawab. “Kami dipertemukan ketika berumur 16 tahun, teruja untuk menubuhkan sebuah band. Sejak itu, kami bermain muzik bersama-sama, membuat persembahan di banyak tempat.








