Chukai: Lelaki maut selepas disengat lebah di Batu 18, Jalan Air Putih, dekat sini, semalam.
Mangsa, Hafizul Mat Nor, 40, dikatakan disengat lebah ketika cuba mengambil madu pada sebatang pokok pada 9.50 pagi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, mangsa mengajak rakannya yang berusia 44 tahun menemaninya untuk mengambil madu lebah di situ.
Menurutnya, rakan mangsa pada mulanya melarang mangsa mengambil madu lebah terbabit kerana kedudukan sarang lebah di pokok itu sangat tinggi.








