Kuala Lumpur: Penyediaan Akta Pendanaan Politik dilihat lebih signifikan sebagai reformasi penting untuk mengubah landskap politik negara berbanding cadangan mewujudkan Akta Parti Politik.
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa ketika ini dianggap mencukupi untuk mengawal selia pertubuhan, termasuk parti politik.
Sebaliknya, beliau berkata, Akta Pendanaan Politik perlu diwujudkan kerana Malaysia masih belum mempunyai undang-undang khusus untuk mengawal selia pembiayaan politik.
"Jika akta itu dapat diwujudkan, ia dapat menetapkan peraturan jelas mengenai sumber dan penggunaan dana politik, sekali gus memberikan lebih banyak manfaat kepada parti politik dan masyarakat secara keseluruhan.









