KUALA TERENGGANU: Sebanyak 460 lokasi di Terengganu dikenal pasti berisiko dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula Selasa ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Osman Abdullah, berkata daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah tertinggi lokasi dijangka terjejas iaitu 97 kawasan, diikuti Dungun (72), Hulu Terengganu (63), Setiu (59), Kemaman (55), Kuala Nerus (47), Marang (35) dan Besut (32).
Beliau berkata, selain kedudukan lokasi yang terletak berhampiran sungai, faktor lain seperti sistem saliran yang tidak mampu menampung air hujan berterusan juga menjadi punca sesebuah kawasan senang dinaiki air.
"Antara punca utama berlakunya banjir di Terengganu, khususnya ketika musim Monsun Timur Laut ialah hujan lebat berterusan dalam tempoh yang panjang sehingga menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah ke kawasan rendah serta penempatan sungai.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fa9564cf6ee0909e9775b85ca0d12af96.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

