KUALA LUMPUR: BERSATU mempersoalkan keabsahan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Perikatan Nasional (PN) malam ini susulan pembatalan pendaftaran dikeluarkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Selasa lalu.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ini memandangkan perintah penggantungan pelaksanaan dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak boleh dianggap secara automatik memulihkan pendaftaran PN.

Malah, katanya, Peguam Kanan Persekutuan kelmarin sudah memfailkan rayuan terhadap keputusan Hakim Datuk Azizn Md Arshad bagi pihak RoS dan Menteri Dalam Negeri.

Beliau memaklumkan, BERSATU menerima surat jemputan daripada Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kelmarin berhubung mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN pada malam ini.