ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi di Yaman hari ini memaklumkan pihaknya berjaya memintas dan memusnahkan 10 misil balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah wilayah selatan Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap pakatan itu Turki al-Maliki menerusi platform X, berkata kesemua misil berkenaan berjaya ditembak jatuh, namun tidak memberikan sebarang maklumat mengenai kecederaan atau kerosakan.
Pengumuman itu dibuat selepas beliau memaklumkan pada awal hari yang sama pakatan berkenaan berjaya memintas dan memusnahkan sebuah peluru berpandu krus Houthi yang menyasarkan bandar Khamis Mushait di barat daya Arab Saudi.
Al-Maliki turut berkata pasukan pakatan berjaya memintas dan memusnahkan sebuah misil balistik serta dua dron yang dilancarkan Houthi ke arah Riyadh.






