KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima dengan terbuka keputusan pengagihan kerusi gabungan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, meskipun diperuntukkan bilangan kerusi lebih kecil berbanding pilihan raya lalu.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata. walaupun parti itu diperuntukkan lima kerusi berbanding sembilan kerusi pada PRN Melaka 2021, keputusan berkenaan dicapai hasil rundingan yang mendalam di peringkat tertinggi gabungan.
"Apa yang mustahak dalam mana-mana pilihan raya bagi kami di AMANAH adalah sebagai sebahagian daripada gabungan PH sejak penubuhannya pada 2015.
"Kami sentiasa bertindak, menyusun dan melaksanakan kempen sebagai satu pakatan yang bersatu.








