Amman: Presiden Persatuan Bolasepak Jordan (JFA), Putera Ali bin Hussein menuduh Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino memperalatkan Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi tujuan politik menjelang usahanya untuk mempertahankan jawatan bagi penggal keempat.
Pada kongres luar biasa AFC di Tokyo pada Jumaat, presidennya, Syeikh Salman bin Ibrahim Al-Khalifa menyokong usaha Infantino untuk bertanding semula sebagai Presiden FIFA.
Beberapa bulan selepas konfederasi itu menuduh Infantino melakukan 'pelanggaran kepercayaan asas' berhubung cadangan FIFA Forward Enterprise (FFE) yang dibatalkan, Syeikh Salman memberitahu kongres berkenaan bahawa Asia kini bersatu di belakang Infantino.








