GAZA: Serangan dron Israel menyasarkan kampus Universiti Islam di Bandar Gaza pada Ahad, menyebabkan tujuh rakyat Palestin cedera, termasuk lima pelajar, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pihak universiti memaklumkan bahawa beberapa pelajar yang cedera berada dalam keadaan parah.
Rakaman video menunjukkan orang ramai berkumpul di lokasi kejadian, pelajar yang cedera diusung ke dalam ambulans serta beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat serangan itu.
Serangan itu mencetuskan panik dalam kalangan pelajar dan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal yang berlindung di kampus berkenaan selepas kediaman mereka musnah.










