Ramallah/Istanbul: Palestin pada Sabtu menggesa supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan segera susulan serangan peneroka haram Israel terhadap diplomat Eropah dan wakil gereja di Tebing Barat yang diduduki, lapor Anadolu Ajansi.
Palestin menyifatkan insiden itu sebagai satu lagi bukti keganasan terancang oleh peneroka haram Israel.
Kementerian Luar Palestin memaklumkan bahawa peneroka haram Israel bertindak mendatangi satu delegasi berhampiran bandar Taybeh, di timur Ramallah, yang turut disertai konsul Perancis dan Belgium, seorang wakil dari Poland serta pegawai Gereja Katolik.
Menurut kementerian itu, serangan berkenaan turut membabitkan tindakan kekerasan terhadap seorang datuk bandar dari Perancis serta kerosakan pada sebuah kenderaan konsul Belgium.









