Miri: Suami kepada pegawai perubatan yang maut dalam nahas helikopter perkhidmatan Flying Doctor Service (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, dekat sini, 8 September lalu berharap laporan akhir siasatan nahas terbabit dikeluarkan secepat mungkin.
Muhammad Faiz Abdul Malik, 37, yang juga suami kepada Dr Ainul Baraah Kamarudin berkata, berdasarkan taklimat yang diterima laporan yang dikongsikan setakat ini adalah laporan awal.
"Saya dimaklumkan laporan akhir dijangka mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.
"Namun, saya harap laporan siasatan akhir nanti dapat dikeluarkan secepat mungkin dan telus," katanya ketika dihubungi di sini.








