Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan merujuk bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) rasmi bagi mengetahui tahap kualiti udara sebenar, bukan membuat penilaian berdasarkan keadaan persekitaran semata-mata.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Azuri Azizah Saedon berkata, ini kerana bacaan IPU diperoleh menerusi peralatan pemantauan khusus yang mengukur kepekatan bahan pencemar di udara.
Katanya, ia sekali gus menjadi panduan penting kepada masyarakat dalam mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi kesihatan.
Katanya, keadaan jerebu yang kelihatan tebal tidak semestinya menunjukkan tahap pencemaran udara yang tinggi kerana penglihatan turut dipengaruhi faktor cuaca, kelembapan udara dan pembiasan cahaya oleh zarah di atmosfera.









