PETALING JAYA – Perbezaan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) rasmi dengan Air Quality Index (AQI) yang dipaparkan menerusi aplikasi telefon atau alat pengesan persendirian tidak semestinya menunjukkan satu daripadanya salah.
Seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai warga Jabatan Alam Sekitar (JAS), @Zazuraini_jaja menerusi perkongsian di Threads menjelaskan bahawa kedua-dua bacaan tersebut mempunyai kaedah pengiraan serta tujuan penggunaan yang berbeza.
Menurutnya, antara persoalan yang sering diterima ketika musim jerebu ialah mengapa bacaan IPU rasmi di portal kerajaan berbeza dengan bacaan AQI atau aplikas








